Angah Rajalawak Bertunang Dengan Wawa

angah rajalawak bertunang
Pelawak Angah Raja Lawak telah selamat bertunang dengan seorang gadis bernama Ameera Asyura yang lebih mesra dipanggil Wawa itu dalam sebuah majlis yang berlangsung semalam, Ahad 18 Januari 2015.
Angah atau nama sebenarnya, Iskandarsah Hashim 36,yang juga merupakan seorang duda beranak satu memilih gadis pilihan hatinya yang cukup manis bertudung.  Angah Raja Lawak telah berkongsi foto hari pertunangan dengan gadis bertudung tersebut di laman sosial Instagram miliknya @angah_lawaking.
Selain terpancar keserian di wajah pelawak tersebut, dia juga meluahkan rasa bersyukur dan berdoa semuanya berjalan lancar menerusi salah satu posting di Instagramnya itu.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan yang bakal buat kami yang bakal mendatang.. Amin insyallah.. Dan terima kasih kepada semua yang dah menghadiri majlis pertunangan kami tadi.. I luv uolss.. @asyura_king #DoakanKami #EDay #AngahWawa
Majlis yang turut diserikan dengan pelamin dan busana berona coklat itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran teman seperjuangan Angah dalam arena lawak bersama pasangan masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments