Ayai Illusi Juara Gegar Vaganza 2014

ayai-juara-gegar-vaganza-2014

Tahniah diucapkan kepada Ayai (Illusi) apabila berjaya dinobatkan sebagai juara musim pertama Gegar Vaganza yang telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Ayai telah menewaskan peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat

Ayai telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi kemenangan. Manakala tempat kedua dimenangi Haleeda yang membawa pulang wang tunai RM30,000. Mamat Exist pula mendapat tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM15,000.

Tempat keempat dimenangi oleh Rahmat Mega yang turut membawa pulang wang tunai RM10,000, penyanyi Ifa Raziah pula memenangi tempat keliha yang membawa pulang RM5,000 manakala tempat terakhir jatuh kepada Fazli Zainal yang membawa pulang RM3,000.

Mamat Exist juga turut memenangi persembahan terbaik pilihan penonton yang menerima wang tunai RM5,000.

Tahniah buat semua. Moga terus suksess dalam bidang yang diceburi.

Sumber : Media Hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments