Daqmie Memang Besar Di Anugerah Nasyid IKIM FM (ANI2014)

anugerah Nasyid IKIM FM

Anugerah  Nasyid IKIM FM (ANI2014) yang telah berlangsung baru-baru ini telah memberi kemenangan besar buat Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap. Anugerah ini telah diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC ) dan juga disiarkan di radio IKIM FM dan TV AlHijrah.

Daqmie meraih anugerah Juara Nasyid Terbaik, Vokal Terbaik dan Lirik Terbaik menerusi lagu nyanyiannya bertajuk Tangis Sebatang Tamar.

Daqmie juga turut menjadi pilihan lagu Paling Banyak Menjadi Juara Carta IKIM.

Daqmie berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM17,000, pakej umrah, baucer buku, penapis air kalsium berkalogen dan trofi yang semuanya berjumlah RM45,000.

Naib juara pula berjaya disandang oleh kumpulan UNIC. UNIC menyanyikan lagu Seiring Sehaluan dan membawa hadiah wang tunai RM7,000, pakej umrah, penapis air berkalogen, baucer buku dan trofi yang berjumlah keseluruhan RM30,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Hafiz Hamidun menerusi lagu Kasih Padamu. Hafiz membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej umrah, pakej penginapan hotel, baucer buku dan trofi yang semuanya berjumlah RM20,000.

Hafiz juga turut memenangi tiga trofi pilihan pendengar IKIM FM iaitu Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta dan Lagu Pilihan Pendengar menerusi lagu Kasih Padamu selain Artis Solo Pilihan Pendengar.

Mawi dan Dato AC Mizal pulak memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu Al Haq Yang Satu. Artis Baru Terbaik dimenangi Du’a manakala Kumpulan Nowseeheart memenagi anugerah Artis Duo/Kumpulan Pilihan Pendengar.

Kesemua pemenang menerima wang tunai RM1,000, baucer buku dan trofi.

Anugerah  Nasyid IKIM FM (ANI2014) telah dihoskan oleh Amin Idris dan heliza Helmi. Berikut senarai penuh pemenang :

A) Lagu Terbaik

1) Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

2) Seiring Sehaluan (UNIC)

3) Kasih PadaMu (Hafiz Hamidun)

B) Lirik Terbaik – Tangis Sebatang Tamar (Ito Lara)

C) Persembahan Terbaik – Al Haq Kau Yang Satu (Mawi & Datuk AC Mizal)

D) Vokal Terbaik – Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

E) Lagu Paling Banyak Menjadi Juara Carta IKIM – Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

F) Lagu Paling Lama Bertahan Carta IKIM – Kasih PadaMu (Hafiz Hamidun)

G) Artis Baru Nasyid Terbaik – Du’a

H) Artis Solo Pilihan Pendengar – Hafiz Hamidun

I) Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar – Nowseeheart

J) Nasyid Pilihan Pendengar – Kasih PadaMu (Hafiz Hamidun)

 

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments