Drama Bersiri NYIUR NAN SETANDAN Lakonan Ezany Nizariff

Lagi drama menarik di tayangkan di TV2 bertajuk “Nyiur Nan Setandan”. Drama sebanyak 13 episod ini menampilkan pelakon seperti Dato Hj Baharuddin Hj Omar sebagai Haji Deris, Hajah Norjan Hj Omar (Hjh Sutinah), Ezany Nizariff (Udin), Zul Handy Black (Aripin), dan Shahronizam Noor (Lani). Turut membantu Rabecca Nur Islam (Ita), Ann Abdullah (Kalsom Bee), Ana Dahlia (Ima), Dato’ Aziz Singah (Amar), Liza Zain (Hanim), A. Galak (Dukun Meon), Qazem Nor (Imam Muda) dan Ku Faridah (Bu Bunah).

Disiarkan bermula hari ini, setiap Isnin hingga Khamis,pada jam 1.00 petang.

dramam nyiur nan setandan tv2

Nyiur Nan Setandan mengisahkan  Haji Deris dan hajah Sutinah yang tinggal dikampung bersama anak bongsu mereka, Udin.

Haji menghadapi masalah kesihatan mata yng membimbangkan. Banyak kali dipujuk isterinya namun Haji Deris tetap tidak mahu mendapatkan rawatan. Sehinggalah suatu hati, Haji deris tersesat di dalam hutan ketika berkebun. Haji Deris gagal mencari jalan pulang akibat masalah matanya yang semakin kabur.

Selepas dari itu haji Deris menyedari sikapnya itu menyusahkan diri dan keluarganya. Dia kemudian bersetuju untuk membuat rawatan mata.

Anak pertama mereka, Aripin dan isterinya, Kalsom Bee sering bertegang urat. Namun Aripin yang bersikap bersahaja banyak menyelamatkan keadaan.

Anak kedua mereka pula iaitu Ita berkahwin dengan Lani. Mereka juga sering menghadapi masalah dalam rumahtangga kerana Ita dan Lani yang amat teringinkan anak namun Ita sering mengalami keguguran. Walau pun mereka berdua mempunyai  sebuah syarikat herba kesihatan khusus untuk wanita namun itu tidak dapat membantu Ita.

drama nyiur nan setandan

Anak bongsu mereka iaitu Udin pula terpaksa menghadapi kerenah tunangnya, Ima yang suka hidup mewah. Kehadiran adik angkat Udin, Alia menjadikan hubungan mereka terus bermasalah.

Nyiur Nan Setandan merupakan sebuah drama yang bercorak kekeluargaan. Mengisahkan kehidupan masyarakat, suka dan duka sesebuah keluarga di Negeri Sembilan. Sumber – Budiey.com

Jom jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini. Memang best sebab admin baru je tengok drama ni petang tadi. Selamat menonton!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments