Drama Nak Kahwin Lagi Lakonan Norman Hakim

Sebuah drama komedi menarik  Radio Televisyen Malaysia (RTM)  bertajuk “Nak Kahwin lagi” bakal menemui penonton pada 1 Februari ini di TV1.

Bermula pada jam 10.00 pagi, drama Nak Kahwin Lagi juga merupakan drama yang turut bertanding dalam Tribute P.Ramlee.

Nak Kahwin Lagi diarahkan oleh Nizam Zakaria dan menampilkan pelakon seperti Norman Hakim, Amyza Aznan, Didie Alias, Dottie, Hamid Gurkha dan Kazar Saisi.

drama nak kahwin lagi norman hakim

Mengisahkan tentang Yusman yang berkahwin dengan Dahlia lebih 10 tahun. Mereka hidup bahagia walaupun masih belum dikurniakan anak. Yusman menguruskan resort yang dimiliki keluarga isterinya.

Suatu hari, Yusman bertemu dengan seorang gadis bernama Suzana yang merupakan pelanggan resortnya. Pertemuan itu membuatkan Yusman jatuh cinta. Pada masa yang sama perasaan itu turut dikongsi dengan pekerjanya Tsha.  Tasha juga sering menasihati Yusman agar melupakan Suzana dan setia kepada isterinya Dahlia.

Yusman bercinta dengan Suzana dan perkara tersebut diketahui Dahlia. Dahlia pula ikhlas menerima andai dirinya dimadukan. Dahlia juga mahu menjadi wakil Yusman untuk meminang Suzana.

Mereka akhirnya berkahwin. Hubungan Dahlia dan Suzana juga baik. Mereka sering menghabiskan masa bersama. Sehingga kadangkala Yusman ditinggalkan bersendirian dirumah. Impian Yusman untuk meluangkan masa dengan Suzana musnah.

Yusman pula meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap apa yang berlaku kepada Tasha. Yusman pula mula berasa kesunyian. Tanpa diduga, Yusman terpaut pada Tasha dan mahu menjadikannya isteri ketiga. Perkara itu diketahui Suzana dan mendapat tentangan dari Suzana..

Berbeza dengan Dahlia, Dia ikhlas mahu meminang Tasha untuk dijadikan madunya. Tasha pula pada mulanya berkeras tidak mahu menerima pinangan Yusman. Dia tidak mahu menghancurkan hati Dahlia . Namun pujukan Dahlia menyebabkan Tasha sudi menerima Yusman menjadi suaminya.

Apakah yang akan terjadi kepada mereka seterusnya? Adakah Yusman akan diabaikan sekali lagi?

Untuk mengetahui kisah seterusnya, jangan lupa saksikan “ Nak Kahwin Lagi” hanya di TV1. Selamat menonton.  Sumber – Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments