Drama Salam Dari Seoul Lakonan Hairul Azreen

drama salam dari seoul lakonan hairul azreen

Sebuah drama bersiri lakonan Hairul Azreen bertajuk ‘Salam Dari Seoul” menemui penonton bermula 21 Januari setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 malam di Radia Televisyen Malaysia ( RTM ), TVi.

Drama sebanyak 13 episod ini turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Mahood Ali Basha, Fadhilah Abd Rahman, Azza AF, Khaty Azian, Farid Wari, Emyliana dan Ezzam Ezaire.

Drama Salam dari Seoul ini mengambil lokasi dan latarbelakang pulau Jeju, Korea Selatan.

Salam Dari Seoul mengisahkan masalah rumahtangga yang dihadapi Tuan Khalid dan Puan Mariam. Puan Marian mengesyaki bahawa suaminya itu telah berkahwin lain namun suaminya tidak mengia atau menidakkan perkara itu.

Perkara tersebut member tekanan kepada Aiman sehingga pengajiannnya di kolej terganggu. Cik Haliza yang merupakan pensyarah baru di kolej Aiman menasihati Aiman namun tidak dipedulikan.

Noo Ri pula telah datang ke Malaysia atas skim pertukaran antara pelajar Malaysia dengan Korea Selatan. Noo Ri yang sama kolej dengan Aiman tinggal bersama keluarga Angkat Melayu, Razak.

Kehidupan Aiman pula semakin tak tentu arah. Aiman terlibat dengan budak nakal dan dadah. Dia kemudian ditangkap polis namun dibebaskan. Cik Haliza sering menasihatinya. Namun Aiman menjadi murung setelah kawna baiknya, Alfi meninggal dunia akibat jatuh dari bangunan. Akibat dari itu, Aiman mengalami gangguan mental dan telah dibuang kolej.

Cik Haliza menghantar Aiman untuk berubat secara perubatan Islam.

Fikri pula cuba mengupah orang untuk melanggar Noo Ri setelah cintanya di tolak. Namun berjaya diselamatkan oleh Aiman. Semenjak dari itu, Aiman dan Noo Ri menjadi kawan baik. Mereka juga telah ke Korea untuk menguruskan penjualan harta dan membantu keluarga angkat yang kesempitan wang.

Perkara itu membuatkan Fikri cemburu dan dia bersama Amira, pekerja syarikat Tuan Khalid merancang mahu memisahkan Aiman dan Noo Ri.

Noo Ri akhirnya tamat pengajian. Namun dia dan Aiman tidak sanggup berpish. Noo Ri kemudian mencari jalan menyelesaikan perkata tersebut dan mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

Cik Haliza pula telah berkahwin dengan Fahmi. Hubungan Aiman dan Noo Ri pula mula tergugat apabila Fikru mendapat tahu Noo Ri bekerja di syarikat milik keluarganya.  Fikri cuba membalas dendam dengan memberhentikan Noo Ri.

Aiman pula akhirnya mengambil keputusan menyambung pengajian di Korea. Dia kemudian berkahwin dengan Noo Ri.

Setelah tamat pengajian, Aiman terkejut dengan berita ibunya sakit. Dia segera pulang ke Malaysia tanpa ditemani Noo Ri. Rupanya Tuan Khalid mempunyai rancangan agar Aiman tidak pulang ke Jeju. Aiman dilimpahi kemewahan sehingga terlupa akan Noo Ri yang sedang mengandung.

Fikri dan Amira pula tetap meneruskan rancangan mereka menghancurkan hidup Aiman dan Noo Ri.

Amira cuba menggoda Aiman. Noo Ri pula yang telah selamat melahirkan anaknya berusaha menjejak Aiman di Malaysia. Namun Noo Ri diculik Fikri dan Amira.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Apakah peristiwa yang membuatkan Aiman teringat akan Noo Ri yang telah ditinggalkan dulu?

Jangan lupa saksikan kesudahan drama Salam Dari Seoul hanya di TVi. Selamat menonton. Sumber – Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments