Filem Cinta Di Kota Raja

Cinta Di Kota Raja
East Cinema Pictures mempersembahkan sebuah filem arahan Bambang Drias berjudul Cinta Di Kota Raja.

Filem bergenre drama dan romantik ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei bermula 15 Januari 2015.

Tajuk asal berjudul Erau Kota Raja telah ditukar ke Cinta Di Kota Raja bagi tayangan di negara Malaysia dan Brunei.

Filem edaran Alternate Pictures ini dibintangi oleh Nadine Chandrawinata (Puteri Indonesia 2005) , Denny Sumargo, Donnie ‘ADA BAND’, Jajang C. Noer, Ray Sahetapy dan Herrichan.

Filem ini mengangkat tema festival Erau yang ada di Kutai Kartanegara sebagai tema utama cerita ini menjalani penggambaran selama 25 hari.

Menurut penerbit filem, Rita Widyasari : “Filem Cinta Di Kota Raja dapat dijadikan medium komunikasi yang tepat untuk lebih memperkenalkan keindahan dan kekayaan budaya Kukar khususnya pesta budaya Erau”.

Sinopsis Filem Cinta Di Kota Raja

Poster Cinta di Kota RajaSeorang wartawan, KIRANA (Nadine Chandrawinata) ditugaskan membuat liputan Festival Antarabangsa ERAU di Kutai Kartanegara.

Semasa membuat liputan di situ KIRANA berkenalan dengan seorang pemuda tempatan bernama REZA (Denny Sumargo ) dan secara tidak langsung KIRANA jatuh hati kepada REZA.

Percintaan mereka mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu Reza (Jajang C. Noer).

Kehadiran Doni (Donnie ‘ADA BAND’) di situ menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.

Pergolakan cinta tiga segi dan fitnah yang melanda menimbulkan keresahan masyarakat setempat.

Trailer Filem Cinta Di Kota Raja

Vokalis ADA BAND iaitu Donnie Sibarani turut menyanyikan lagu tema bagi filem lakonannya sendiri yang bertajuk Izikan.

Filem ini akan ditayangkan bermula 15 Januari 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments