Filem Seram Gudang Kubur Lakonan Faizal Hussein & Nora Danish

filem gudang kubur

Lagi filem baru karya Eyra Rahman dari  Metrowealth International Group ( MIG ) bertajuk Gudang Kubur  akan menghantui pawagan pada 12 Februari depan.

Gudang Kubur adalah filem ketiga yang diterbitkan oleh Mangkin Prestij Sdn Bhd.

Mengisahkan tentang  Anwar dan Zarra, pasangan suami isteri  yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya.

Tanpa  mereka duga gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia sehingga menimbulkan konflik dalam rumah tangga mereka.

Kehadiran mereka juga tidak disenangi ‘sesuatu’ yang sekian lama mendiami gudang kosong itu.

Gudang Kubur menampilkan lakonan hebat dari Faizal Hussein dan pelakon cantik Nora Danish. Selain itu turut menampilkan bakat baru iaitu Atikah Suhaime dan Nizam Zaidi.

Ujar Eyra Rahman, pemilihan pelakon dibuat sendiri dan bertepatan dengan jalan cerita yang menerapkan percintaan yang lebih matang.

Dalam perkembangan lain, Eyra turut memberitahu, filem arahannya, Suamiku Jatuh Dari Langit, bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Untuk anda yang meminati filem seram, jangan lupa saksikan Gudang Kubur pada 12 Februari 2015 hanya di pawagam. Selamat menonton.

Sumber : Sinar Harian Online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments