Firman Hantar Ibu Bapa Ke Mekah

firman af tunai hasrat ibu bapa ke mekah

Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 2014, Firman Bansir memberitahu akan menunaikan hasrat ibu bapanya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada bulan hadapan.

“Kemenangan dalam AF memberi peluang kepada saya untuk menunaikan impian ibu bapa yang mahu mengerjakan umrah. Jika segala perancangan berjalan lancar, ibu dan bapa saya dijangka berangkat ke Mekah bulan depan,”

Ujar Firman, dia juga merancang menunaikan impian ibu bapanya untuk melaksanakan ibadah haji selepas umrah.

Firman juga melahirkan rasa syukur kerana kini banyak menerima tawaran persembahan nyanyian di negeri kelahirannya, Sabah.

“Kalau dulu, memang saya jarang balik ke kampung. Tetapi, sekarang jadi sebaliknya pula dan saya selalu balik selepas persembahan selesai. Syukur segala rindu yang terpendam selama ini kepada ibu bapa saya sudah terlerai.

Kredit : Rotikaya

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments