Hafiz Suip Bakal Bertunang 27 Februari Ini

hafiz suip

Penyanyi popular Hafiz Suip mengumumkan akan mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya yang dikenali dengan nama Effy.

Hafiz memberitahu, majlis pertunangan akan diadakan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching Sarawak.

“InsyaALLAH, jika tidak ada apa-apa halangan, kami bertunang Februari ini di mana ia dijalankan sempena sambutan hari lahir saya,” ujarnya Hafiz – dipetik dari Sinar Harian Online.

Ujar Hafiz lagi, pertunangan ini akan mengambil tempoh selama 1 tahun sehingga Effy tamat belajar.

Tahniah Hyebro ucapkan buat Hafiz dan Effy. Semoga majlis pertunangan berjalan dengan lancar.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments