Hanez Suraya & Romie Nikah 14 Mac 2015

Akhirnya pelakon Hanez Suraya dan pasangannya, Romie telah mengumumkan akan bernikah pada 14 Mac 2015.

Majlis pernikahan tersebut akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Di sebelah malam pula akan diadakan majlis malam berinai bertempat di rumah keluarga Hanez di seremban.

“Alhamdulillah, kami sepakat memilih tarikh ini. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan mengedarkan kad jemputan,” Ujar Hanez.

hanez-suraya-bertunang

romie hanez suraya

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 21 Mac manakala pihak perempuan pada 22 Mac di Sime Darby Conventional Center, Bukit Kiara. Sumber –Media Hiburan

Tahniah dari Hyebro. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan moga Hanez bersama pasangan bahagian hingga akhir hayat.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments