Jep Sepahtu Terpaksa Bercuti Akibat Demam Denggi

jepp sepahtu

Pelawak popular, Jep (Sepahtu) memberitahu keadaan kesihatannya sekarang semakin baik namun masih belum cergas akibat demam denggi yang dialaminya

“Alhamdulillah suhu badan saya sudah kembali normal. Apa yang saya boleh katakan, saya masih belum cergas seperti biasa tetapi saya sudah boleh mula bekerja sekarang.”

Menjadi persoalan apabila Jep tiada di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) pada minggu kesembilan yang lalu.

Jep memberitahu dia menyangka hanya mengalami demam biasa dan tidak mendapatkan rawatan.  Bagaimanapun, setelah mendapat nasihat dari rakan untuk membuat pemeriksaan doktor, Jep disahkan menghidap demam denggi.

 “Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja. Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung”,

 Sumber: Kosmo Online

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments