KILAUAN EMAS MUSIM KE-5 KINI KEMBALI

Kilauan Emas musim ke 5 kini kembali lagi. Untuk musim kali ini, juri tetap yang dipilih untuk mencari peserta adalah Dato’ Hattan, Ayai Ilusi. Siti Hajar dan Syafizawati Sharif (cikgu Shafi).

Keempat-empat juri ini akan menilai peserta dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni, kreativiti dan penghayatan persembahan.

Kilauan Emas ini terbuka untuk warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 40 tahun ke atas.

Ujibakat bermula pada hari ini. Peserta boleh mendaftar pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bagi anda yang berminat untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut tentang ujibakat Kilauan Emas 5, boleh layari www.kilauanemas.com.my. Sumber – Media Hiburan Online

kilauan emas musim kelima

Antara lagu-lagu yang disediakan untuk peserta membuat persembahan :

PILIHAN LAGU LELAKI :

Memburu Impian – Kristal

Opera Hidup – Wings

Zakiah – Sweet Charity

Selamat Tinggal Bungaku – Tan Sri SM Salim

Kau Lupa Janji – Dato’ Jamal Abdillah

Berkorban Apa Saja – Tan Sri P Ramlee

Selamat Tinggal Pujaan – S. Jibeng

Bourgenvilla – Spring

Still Got The Blues – Gary Moore

Salam Terakhir – Sudirman Hj Arshad

 

PILIHAN LAGU WANITA

Senggol Senggolan, Cubit Cubitan – Mas Idayu

Nuri – Ella

Apa Khabar Mu Di Sana – Ramlah Ram

Wajah Siapa Di Hatimu  –  Azlina Aziz

Gelombang –  Salamiah Hassan

Asmara – Anneke Gronloh

Mengapa Dirindu – Saloma

Kekal – Ziana Zain

Langit Ke Tujuh – Sharifah Zarina

The Power Of Love – Jennifer Rush

 

LOKASI UJIBAKAT KILAUAN EMAS 5:

31Januari 2015 – Borneo Hypermall, KK (Sabah)

7 Februari 2015 – The Hills Shopping Mall, Kuching (Sarawak)

21 Februari 2015 – Berjaya Megamall, Kuantan (Pahang)

28 Februari 2015 – Berjaya Waterfront Mall, JB (Johor)

7 Mac 2015 – Megamal Pinang, Seberang Prai (Pulau Pinang)

14 & 15 Mac 2015 – Summit USJ Shopping Complex, Subang Jaya (Selangor).

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments