KISAH SERAM VILLA NABILA TEMUI PENONTON

filem villa nabila

Mendapat ilham dari berita kehilangan seorang remaja yang dikatakan hilang di banglo lama yang dikenali sebagai Villa Nabila, pengarah muda, Syafik Yusof kini tampil membawa anda menonton filem arahannya Villa Nabila.

Villa Nabila mengisahkan satu kejadian yang berlaku di banglo lama yang terkenal di Johor bahru.  Banglo Villa Nabila itu mengemparkan masyarakat apabila seorang remaja didapati hilang di banglo tersebut.

Daniel Martiin dan Rosalli Azrin yang merupakan pembikin filem bebas telah mendokumentasikan misteri kehilangan remaja terbabit. Namun, misteri yang cuba dirungkai tidak berakhir apabila Daniel Matiin menjumpai notis pencerobohan banglo berkenaan.

Mereka terus cuba menyiasat kontraktor yang bernama Asyraf dan Amar yang terlibat dalam projek perobohan banglo tersebut. Asyraf dan Amar menceritakan kisah pelik dan mistik yang berlaku sepanjang mereka melaksanakan projek itu.

villa nabila

Ingin tahu kisah seterusnya? Jangan lupa saksikan di pawagam pada 15 Januari ini. Menampilkan pelakon Pekin Ibrahin, Tisya Shamsir dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Skop Production & Viper Studios Sdn Bhd. Selamat menonton!

Kredit – Media Hiburan

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments