Konsert Wings Menakluk Kosmos Di MITC Melaka

Kumpulan rock lagenda, Wings akan meneruskan siri jelajah konsert Wings Menakluk Kosmos ke destinasi keduanya iaitu di MITC, Melaka pada Sabtu ini.

Kata Awie selaku vokalis kumpulan :

“Untuk konsert kali ini kami ada membuat sedikit perubahan dari segi susunan dan di Melaka Wings wajib untuk menyampaikan lagu ‘Inspirasi Taming Sari’ di mana di Pulau Pinang kami tidak menyanyikannya.

“Persembahan akan berlangsung lebih dua jam di mana kami akan menyampaikan lebih daripada 20 buah lagu termasuklah lagu-lagu hit kami secara medley.

“InsyaALLAH, dengan persiapan yang telah kami lakukan, persembahan kali ini kami akan buat yang terbaik,”

konsert wing menakluk kosmos

Konsert Wings Menakluk Kosmos merupakan anjuran Anggerik Event.

Harga tiket pula RM55 dan RM320 ( Rock Zone ). Bagi peminat yang ingin membeli tiket dan menyaksikan Konsert Wings Menakluk Kosmos boleh didapati secara online menerusi www.ticket2U.biz atau www.sayap2wings.com. Sumber – Sinar Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments