Menangi iPhone 6 dengan LINE!

Menangi iPhone 6 dengan LINE!
LINE melancarkan peraduan sempena pelancaran iklan TV bagi salah satu permainan LINE paling popular di Malaysia, iaitu LINE Let’s Get Rich.

Iklan TV yang unik ini akan diudarakan melalui empat saluran televisyen percuma-ke-udara dan 12 saluran Astro.

Sempena pelancaran ini, sebanyak 7 iPhone 6 akan disediakan secara eksklusif untuk rebutan mulai 1 hingga 7 Februari, 2015.

Sepanjang tempoh ini, LINE akan memilih seorang pengguna baru berdaftar secara rambang setiap hari selama 7 hari. Butir-butir promosi dan para pemenang akan diumumkan melalui Akaun Rasmi LINE Malaysia.

Sungguh mudah untuk menang!

LINE Let’s Get Rich membawa kembali nostalgia permainan papan zaman kanak-kanak.

Permainan papan dalam talian ini menampilkan corak permainan empat pemain dengan matlamat yang mudah – melabur dalam harta tanah serata dunia dan bertanding untuk meraih amaun jumlah modal yang tertinggi.

Tip Memenangi LINE Let’s Get Rich

Ada tiga cara pemain boleh menguasai dan memenangi permainan.

Pertamanya, “Triple Monopoly” berlaku jika seseorang pemain mencapai tiga “Colour Monopoly” dengan memiliki kesemua harta tanah tiga warna berbeza.

“Line Monopoly” akan berkesudahan dengan kemenangan jika seseorang pemain memiliki kesemua hartanah dalam satu deret.

Akhir sekali, para pemain boleh juga menang menerusi “Tourism Monopoly” jika mereka berjaya memilikinya di semua lokasi pelancongan.

Permainan juga akan diputuskan jika mana-mana pemain kehabisan sumber semasa permainan, atau sehingga giliran atau masa sudah tamat, dengan penarafan pemain ditentukan mengikut jumlah sumber yang dipunyai setiap pemain.

LINE Let’s Get Rich menawarkan berbagai-bagai mod, seperti mod pertandingan pemain tunggal dan pemain berbilang.

Para pemain boleh memilih sama ada hendak bertanding atau bekerjsama dengan kawan-kawan dan keluarga yang mereka berhubung menerusi LINE, secara individu atau berpasukan 2-bertemu-2 .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments