Nazim Othman Rugi RM50 Ribu

nazim othman

Impian Nazim Othman untuk tampil dengan single terbaru bertajuk Destinasi Cinta tidak kesampaian. Impiannya itu terpaksa dilupakan dan ini merupakan keputusan Nazim sendiri untuk tidak meneruskannya.

“Lagu tersebut telah lama terperap iaitu lebih setahun.  Memandangkan umur saya sudah 30 tahun, jadi saya merasakan genre lagu tersebut tidak sesuai dengan usia saya kini.  Jadi, saya pejam mata dan simpan.

“Apa yang berlaku saya jadikan satu pelajaran.  Silapnya, saya belum cukup bersedia untuk lagu tersebut.  Lagu itu tak membantu menonjolkan kemampuan saya.  Bukan takut dengan kritikan, tapi lagu tersebut tak cukup bagus untuk dikeluarkan.  Hasilnya nanti hanya akan mengganggu imej saya,” – dipetik dari Media Hiburan

Nazim turut menjelaskan, sebanyak RM50 ribu wang telah dilaburkan untuk menghasilkan lagu tersebut. Bagaimanapun ia bukan satu pembaziran tetapi proses pembelajaran. Ujarnya.

Apa pu Nazim tetap akan meneruskan impiannya untuk menghasilkan lagu baru. Kini dia baru sahaja merakamkan lagu berentak pop balada yang dicipta oleh Omar K dan Audi Mok.

Kredit – Media Hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments