Nowseeheart Lancar Album Baru KATAKAN

nowseeheart - album katakan

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran Album KATAKAN dari Nowseeheart di TERRACE RESTAURANT, Royale Bintang, The Curve.

Nowseeheart dianggotai seramai empat orang hali. Ini merupakan album mereka yang keenam dan telah mula ada di pasaran penghujung Disember lalu.

KATAKAN memuatkan 9 buah lagu iaitu Katakan, Sudahlah, Selawat Untukmu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Damai Yang Hilang 2014, dan Fatwa Hati.

Fatwa Hati yang merupakan “killer song” turut menampilkan artis JayJay. JayJay dipilih kerana kesesuaian vokalnya bersama Nowseeheart.

Kebanyakkan lagu dan lirik dalam album ini dicipta oleh Azahari Andul Rahman. Baru-baru ini juga Nowseeheart telah menerima Anugerah Artis Nasyid Berkumpulan Paling Popular.

Album KATAKAN yang diterbit Inteam Record Sdn Bhd dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia dijual dengan harga RM19.90 dan boleh dibeli di kedai buku seperti Popular dan MPH. Pembelian menerusi dalam talian pula boleh dibuat di www.inteammobile.com

sumber : Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments