Nurul Depp Dedah Wajah Dan Nama Anak

Penyanyi Nurul Depp akhirnya telah mendedahkan wajah anak ketiganya yang dinamakan Raphael Depp atau singkatannya Raffa.

Nurul turut menjelaskan maksud nama anaknya di dalam blognya.

“Aku tahu ramai yang akan ‘berbunyi’ bila tahu nama ini. Aku ada sebab yang tersendiri untuk memilih ejaan sedemikian. Hanya ejaan… Maksudnya seperti di bawah yang dicari melalui Google oleh adik aku Wahida dan juga teman baik aku dan Eric iaitu Yus Alighor,” tulisnya dengan disertakan sekali ‘prinscreen’ erti nama anaknya yang diperolehi menerusi Wikipedia.

nama anak nurul depp

Nurul juga sempat berkongsi mengenai anak keduanya, Zachary yang sangat gembira dengan kehadiran adiknya ini.

“Zachary pula sebagai abang baru kepada adiknya, bukan main sayang adiknya. Namun kali pertama, dia agak pelik. Seakan bertanya kepada kami, siapa dan apakah ini – melalui pandangan matanya. Kali pertama melihatkan adiknya yang diberi susu badan, dikatanya ‘no..no..no…’ Sangkaan Zach, adiknya mahu makan aku!” Tulis Nurul yang bijak berseloroh dalam penulisannya.

Raffa telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang 15 Januari lalu dengan berat 2.48 kilogram dan dilahirkan secara pembedahan.

anak nurul depp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments