Rabbani Anjur Majlis Makan Malam Untuk Dana Sekolah Tahfiz

rabbani

Melihat kedaifan sebuah madrasah Tahfiz Darul Ulama, Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani terpanggil untuk membantu mereka.

Rabbani telah mengadakan sebuah majlis makan malam amal bertujuan untuk mengutip dana sekolah tersebut.

Azadan Abdul Aziz yang merupakan ketua kumpulan Rabbani turut memberitahu, peluang ketika melawat madrasah tempohari mendapati hampir 200 pelajar dalam keadaan serba kekurangan walaupun keperluan asas cukup.

Ujarnya lagi, banyak perkara perlu diperbaiki dan sebab itulah timbul idea untuk mengadakan majlis makan malam bagi mengumpulkan dana.

Makan malam itu akan diadakan pada 14 Februari 2015 di Grand Ballroom Hotel De’ Palma Ampang. Rabbani juga akan membuat persembahan dan BacaanAl Quran oleh pelajar madrasah tersebut.

Bagi yang ingin menderma, derma boleh dibuat menerusi akaun  atas nama Tabung Pembinaan Tahfiz Darul Aman di 56422-1633-407 (Maybank).

Penajaan meja pelajar tahfiz bermula dari RM8,000 (80 orang pelajar), RM10,000 (100 orang pelajar) dan RM15,000 (50 orang pelajar).

Manakala penajaan korporat pula bermula dari jenis meja Jannatul Ma’Wa (RM10,000), Jannatul Firdaus (RM5,000) dan Jannatul Naim (RM3,000).

Orang ramai juga boleh menderma melalui pembelian tiket iaitu RM1,500, RM500 dan RM300.

Untuk keterangan lanjut berkaitan penjualan tiket boleh menghubungi 019-6450271 (Azian), 019-3955674 (Haji Mohd Noor) dan 017-6650865 (Shahrin).

Sumber : Mstar Online

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments