Romeo Kota : Kes Fail Kriptik Lakonan Aaron Aziz Dan Hanis Zalikha

romeo-kota-kes-fail-kriptik

Buat pertama kali, Aaron Aziz mempertaruhkan hasil pertama filem arahannya bertajuk Romeo Kota: Kes Fail Kriptik.

Filem Romeo Kota: Kes Fail Kriptik ini bergenre komedi aksi.  Menampilkan pelakon seperti Nabil Ahmad, Fizo Omar, Hanis Zalikha dan Aaron sendiri.

Filem ini memaparkan aksi yang cukup realistik dan mendebarkan penonton yang menyaksikannya.

Turut menggunakan kepakaran aksi lagak ngeri dari Thailand.

Romeo Kota: Kes Fail Kriptik mengisahkan Maria, seorang pelajar kolej yang ditemui koma di tepi jalan. Hasil maklumat yang diperolehi daripada doktor, Maria koma akibat dari menelan dadah.

Dua anggota polis ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Koperal Romi dan Lans Koperal Fakhrul juga turut ditugaskan secara samaran dibawah kod “kriptik”. Kperal Romi dikehendaki menyamar sebagai pensyarah. Manakala Lans Koperal Fakhrul sebagai pelajar di Kolej Bestari. – kredit Media Hiburan

Lalu apakah yang akan terjadi seterusnya? Apakah mereka berjaya menyiasat kes tersebut dan mencari dalang disebalik kejadian yang berlaku?

Ingin tahu kesudahan filem ini, jangan lupa saksikan hanya di pawagam berdekatan anda nanti. Selamat menonton.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments