Rozita Che Wan Dilantik Duta Produk IDOLA

rozita che wan mengandung

Semalam telah berlangsungnya majlis Pelantikan pelakon cantik, Rozita Che Wan sebagai duta produk Idola keluaran syarikat G2 Network Sdn Bhd yang telah diadakan di Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Che Ta turut ditemani suaminya, Zain Saidin. Turut hadir pengasas G2 Network Sdn Bhd iaitu Datuk Dr Ng Kuak Ping dan Datin Kong Siew Mee serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut Sally Bador.

Che Ta juga mengumumkan akan ke Mekah pada bulan depan untuk mengerjakan umrah bagi menunaikan nazarnya.

Bagaimanpun, Che Ta kini masih belum bersedia untuk kembali berlakon kerana tidak mahu berjauhan dengan anaknya.

Ujar Che Ta,  dia tertarik untuk menerima tawaran duta produk Idola selepas dia sendiri berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 17 kilogram hanya dalam masa dua bulan.

“Selepas bersalin berat badan saya 74 kilogram dan selepas mencuba Idola, berat turun kepada 58 kilogram hanya dalam dua bulan. Mereka sudah membuat tawaran itu semasa kandungan saya berusia enam bulan namun saya tidak terus bersetuju kerana ingin mencuba terlebih dahulu”.Ujarnya.

Sumber : Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments