Seventh Son – Kisah Dendam Ahli Sihir

SeventhSon 2014

Pernah menghasilkan filem Monggol pada 2007 dan Prisoner of the Mountains pada 1996, pengarah filem Sergei Bodrov dari Russia kini muncul dengan filem epik baru bertajuk Seventh Son yang diadaptasi dari novel The last Apprentice ciptaan Joseph Delaney.

Filem Seventh Son mengisahkan Master Gregory,seorang pahlawan yang mempunyai kuasa menghapuskan ahli sihir. Bagaimanapun satu kesilapan besar terjadi apabila tindakannya mengurung ratu ihir jahat dan berkuasa, Mother Malkin

Malkin nekad mahu membalas dendam setelah dia bebas dan ingin menghapuskan Gregory. Malkin juga mahu berkuasa di bumi.

Menyedari akan perkara ini, Gregory menjejak pembantu baharunya, Seventh Son iaitu Tom Ward. Tom Ward merupakan seorang petani.

Walaupun seperti petani biasa, Tom Ward memiliki kuasa luar biasa.

Suatu hari Tom Ward bertemu dengan ahli sihir yang jelita, Alice. Pertemuan itu mempengaruhi misinya untuk menghapuskan Malkin. – kredit Sinar Harian

Seventh Son

Siapakah Malkin yang sebenarnya? Berjayakan Tom Ward menghapuskan Malkin? Bagaimana pula dengan Alice dan Gregory?

Menampilkan pelakon seperti Jeff Bridges, Julianne Moore, Ben Barnes dan Alicia Vikander. Ingin tahu kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan hanya di pawagam berdekatan anda. Selamat menonton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments