Sharifah Aleya Dedah Nama Anak Lelakinya

Bekas penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya yang telah selamat melahirkan anak lelaki pertamanya telah menamakan anaknya dengan nama Ali Abdullah Mohammed Azam.

ali amdullah nama anak sharifah aleeya

Ali Abdullah merupakan anak lelaki sulung Aleya bersama suaminya, Mohammed Azam Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Miko.

Anaknya itu telah dilahirkan secara normal pada 9 Januari lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Aleya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Ashraff Aasimuddin dan telah dikurniakan dua anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, 5 tahun.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments