Sharifah Aleya Selamat Lahirkan Anak Lelaki

sharifah aleya

Tahniah Hyebro ucapkan kepada pelakon dan bekas penyampai Hot FM, Sharifah Aleya yang kini telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan merupakan anak ketiganya.

Aleya melahirkan bayi tersebut kira-kira jam 5.55 pagi. Berita ini dikongsi Aleya di akaun instagram miliknya dengan kapsyen :

“Alhamdulillah, pada jam 5.55pg td (9.1.15), saya telah pun selamat melahirkan anak lelaki (2.5kgs) secara normal. Namanya InsyaAllah akan ditetapkan dan dikongsikan kelak. Terima kasih atas segala doa2 dan kata2 semangat anda semua. Alhamdulillah”

Bayi tersebut merupakan hasil hidup bersama dengan Mohammed Azam Abdullah. Aleya dan pasangan sebelum ini telah memiliki anak kembar perempuan Aza Ameena dan Asha Ameena hasil perkongsian dengan bekas suami.

Tahniah sekali lagi buat Aleya dan pasangan. Moga bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments