Sinopsis Filem Seram PUAKA BALAI GOMBAK

puaka balai gombak

Showbiz Productions Sdn Bhd kini sekali lagi menghasilkan sebuah filem dari pengalaman penyiasatan paranormal Puaka X bertajuk Puaka Balai Gombak. Ia merupakan sebuah filem seram berkonsepkan dokumentari.

Puaka X dibintangi oleh Amar, Rizal dan Dani. Mereka merupakan sebuah kumpulan penyiasatan normal. Mereka sering melanggar pantang larang ketika menyiasat.

Orang ramai percaya tempat yang ditinggalkan lama dan pernah berlaku tragedi seperti kematian adalah tempat yang berpuaka.

Antara tempat-tempat yang banyak mendapat kunjungan kumpulan-kumpulan paranormal adalah seperti Balai Gombak, Highland Towers, Villa Nabila, Apartment Riviera II dan lain-lain.

Puaka X sering melanggar pantang larang di kawasan-kawasan yang dikatakan ‘keras’. Mereka menggunakan tagline ‘Kasi Redah’ dan menyahut cabaran kumpulan lain untuk menyiasat lokasi yang paling keras di Malaysia.

Puaka X yang tidak percaya akan kewujudan hantu semakin galak mencabar mereka diluar sana untuk membuktikan keberanian mereka.

Suatu hari, mereka menerima cabaran dari seseorang yang tidak dikenali menerusi emel. Mereka dikehendaki ke kawasan yang paling keras iaitu Balai Gombak. Tanpa mereka sedari, ada sesuatu yang sedang menanti mereka di sana. – kredit Budiey.com

Spsksh ysng sksn terjadi kepada mereka? Berjayakah mereka bertiga merakam aktiviti paranormal di Balai Gombak? Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda pada 29 Januari ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments