Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 Lakonan Lisa Surihani

suamiku encik perfect 10

Tak sabar rasanya nak menonton filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani dan Aaron Aziz.

Suamiku Encik Perfect 10  mengisahkan pertemuan antara seorang pelajar perubatan bernama Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Zarief merupakan seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari London ke KLIA.

Pertemuan itu akhirnya membuatkan mereka menjadi suami isteri. Namun rupanya perkahwinan tersebut hanya lakonan semata-mata. Mereka membuat begitu untuk mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui perkara sebenar yang dia simpan.

Zarief pula yang sudah bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan memutuskan ikatan tersebut. Ini kerana Zarief sudah mula menyayangi Aleeya.

Bekas kekasih Aleeya, Syed Muzaffar pula muncul menagih cintanya. Ketika itu cinta antara Aleeya dan Zarief telah pun berputik.

Keadaan bertambah buruk apabla keluarga Syed Muzaffar campur tangan untuk merebut anak yang dikandung Aleeya. – kredit Budiey.com

Siapakah yang akan memiliki Aleeya Azmeen?  Adakah Syed Muzaffar ayah kandung kepada anak yang sedang Aleeya kandungkan? Dapatkah Aleeya mendapat suami encik perfect 10?

Ingin tahu kisahnya jangan lupa saksikan filem Suamiku Encik Perfect 10 hanya di pawagam berdekatan anda. Selamat menonton.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments