Slot baru KELAKARAMA Temui Penonton di TV9

kelakarama tv9

Satu rancangan menarik akan menemui penonton yang dinamakan #Kelakarama akan disiarkan selama satu jam setengah di TV9 bermula 17 Januari ini.

#Kelakarama akan memaparkan beberapa genre program baru dengan pengisian berlandaskan komedi.

Untuk permulaan, #kelakarama akan menampilkan drama sitcom Anak ke-5. Anak Ke-5 mengisahkan seorang gadis bernama Tini yang membesar di Indonesia terkejut apabila mengetahui dirinya adalah anak angkat yang telah diculik dari sebuah keluarga di Malaysia 22 tahun lalu.

Tini akhirnya nekad meninggalkan Indonesia dan mahu ke Malaysia bagi merubah nasibnya dan mencari keluarganya yang sebenar. Namun kedatangannya merubah keadaan keluarga kandungnya. Bagaimanapun pelbagai aksi lucu yang terjadi.

Dibarisi pelakon Chacha Maembong, Riz Amin, Liza Abdullah, Linda Hashim, Janna Nick, Alvina, Adam Shah dan Mustaqim Bahadom.

Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz pula akan menemui penonton dengan program Diva. Berkonsepkan seperti program wawancara. Diva akan menampilkan artis yang akan ditemuramah oleh dua orang pelawak wanita.

Antara artis yang akan dijemput dalam Program Diva  seperti Amyra Rosli, Amar Baharin, Izzue Islam, Imran Ajmain, Izreen Azminda, Akim Ahmad, Abam Bocey, Aril, Sharifah Shahirah, Radhi OAG, Azhan Rani dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Program TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin:

“#Kelakarama ini adalah sebuah slot santai khas untuk ditonton oleh seisi keluarga di hujung minggu. Kami percaya bahawa setiap ibu bapa berasa letih setelah seminggu bekerja, jadi kami beri mereka masa untuk berehat pada hari sabtu untuk bergelak ketawa bersama keluarga dengan #Kelakarama. Lebih-lebih lagi, slot #kelakarama ini mempunyai pelbagai genre pilihan dimana yang pasti bakal mejadi sekadar hiburan keluarga sahaja.

“Drama Sitkom Anak ke-5 pula sebuah Dramedi yang sangat lucu. Gaya watak Tini untuk menyesuaikan diri dengan budaya Melayu Malaysia memang lucu. Selain dia perlu biasakan diri dengan bahasa Malaysia. Namun, dramedi ini tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup atau yang telah tiada. Ini cuma sekadar hiburan keluarga sahaja.”

“Kami juga ingin menjemput semua pengguna media sosial di Malaysia andai kata mereka mempunyai sebarang gambar atau video yang lucu yang boleh dikongsikan selapisan masyarakat seperti jenaka lucu, teka teki, mahu pun pantun yang kelakar.”

Jom tonton #Kelakarama setiap malam sabtu pada 17 Januari 2015 pada jam 8.30 malam. Program Drama Sitkom Anak Ke-5 akan bermula pada jam 8.30 malam, seterusnya Program Diva akan mula bersiaran pada jam 9.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari Sabtu bermula 17 Januari hingga 4 April 2015.

Sumber : Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments