Tahniah! Black Timang Cahaya Mata Lelaki

black dan chira

Tahniah Hyebro ucapkan buat penyanyi Black dan isterinya, Cira yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki yang merupakan anak pertama mereka.

Bayi itu dilahirkan pada petang semalam pada jam 7.48 petang dan dilahirkan secara normal dengan berat 2.09 kg.

“Alhamdulillah isteri saya sihat. Begitu juga dengan anak saya. Walau bagaimanapun kini anak saya masih ditempatkan di wad NICU yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Wad tersebut bukanlah untuk kanak-kanak yang kritikal. Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan.

“Tetapi kini alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan keluar,” ujar Black – dipetik dari Media Hiburan Online

Tahniah sekali lagi. Moga anak tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments