Tahniah! Lisa Surihani Sah Hamil

lisa surihani hamil

Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Lisa Surihani kini hamil.

Bagaimanapun Yusri dan Lisa enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai berita tersebut.

“Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohom maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

“Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Ujar Yusri, apabila tiba masanya, mereka akan berkongsi dengan lebih lanjut.

Bagi Lisa pula, dia rasa serba salah untuk berkongsi berita tersebut namun bagi mengelakkan spekulasi berpanjangan, Lisa memaklumkan juga berita itu.

Apapun, tahniah buat Yusri dan Lisa. Pastinya para peminat tak sabar menanti berita selanjutnya. sumber – Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments