Tiket Akhir Maharajalawak Mega 2014 Cecah RM999

Kumpulan Virus Maharaja Lawak Mega 2014

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) yang akan diadakan pada 6 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan tiket untuk malam akhir tersebut  laris dibeli oleh peminat setia.

Apa yang menariknya, terdapat harga tiket dijual pada harga RM999.

Tiket- tiket lain yang dijual pada harga lebih munasabah pula ialah RM83, RM53 dan RM33.

Pembelian tiket boleh dibuat di web http://www.ticketpro.com.my.

Peringkat separuh akhir yang berlangsung pada minggu hadapan menampilkan persaingan sengit Sepahtu, Nabil, Zero, Shiro, Virus dan Bocey.

MLM2014 dihoskan oleh Dato AC Mizal manakala Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Fara Quinn dan Taufik Batisah sebagai juri tetap. Sumber – Media Hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments