Amir Raja Lawak Nikah 14 Mac

amir rajalawak bertunangAmir Raja Lawak akan melansungkan perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz pada 15 Mac ini di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Majlis tersebut akan diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 12 tengah hari manakala pernikahannya akan berlangsung pada 14 Mac selepas Asar di lokasi yang sama.

Menurut Amir,

Persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan dan hanya tinggal beberapa perkara temasuk persiapan dulang hantaran.

Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja.

Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi.

Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 13 Jun 2014. Sementara itu, majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan.

Sumber : MStar Online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments