Azmil Juara Mentor Legend

azmil juara mentor legend

Azmil Juara Mentor Legend | Tahniah buat Azmil yang dinobatkan sebagai juara Mentor Legend. Azmil merupakan protégé Dayang Nurfaizah.

Kemenangan tersebut melayakkan Azmil dan Dayang membawa pulang hadiah bernilai RM300,000, dua buah kereta Proton Iriz, Baucer Zalora Malaysia bernilai RM10,000, set TV dan trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh Aina dan mentornya Ella. Mereka membawa pulang  wang tunai RM200,000 dan trofi manakala Sarah protege Amy Search membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pentas akhir Mentor Legend ini telah berlangsung di  Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentra.

Penyanyi popular dari Indonesia, Cakra Khan juga turut menghiburkan penonton yang juga menjadi juri professional.

Tahniah sekali lagi dari Hyebro. Moga Azmil terus suksess dalam bidang yang diceburi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments