Tahniah buat pelakon cantik Catriona Ross yang kini sedang hamil anak ketiganya. Usia kandungan Catriona kini sudah tujuh bulan dan dijangka akan bersalin pada 25 April ini.
“Ramai yang tidak tahu saya sedang sarat mengandung kerana saya sibuk dengan urusan perniagaan ‘bakery’. Saya tidak sempat beritahu kepada sesiapa cuma ada beberapa rakan artis yang sememangnya tahu tentang hal ini.
“Alhamdulillah walaupun sedang sarat mengandung, saya masih aktif berniaga dan bekerja. Insya Allah doakan semuanya selamat kerana jangkaan saya bersalin juga semakin hampir,” ujar Catriona yang dihubungi beberapa hari lalu. – dipetik dari Media Hiburan
Tahniah sekali lagi diucapkan buat Catriona dan suami. Moga proses bersalin berjalan dengan lancar.

Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments