Dia Seorang Lelaki Penyabar – Yana Samsudin

yana samsudin

Dia Seorang Lelaki Penyabar – Yana Samsudin | Hari mereka bakal disatukan semakin menghampiri. Yana Samsudin bakal diijabkabulkan pada Jumaat ini dengan Fadzil Zahari yang dikatakan seorang yang penyabar.

Ujar Yana,

“Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.

“Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama,” katanya.

Kata Yana lagi, Fadzil cukup bersabar semenjak di awal perkenalan mereka dan selepas dirisik pada 2009.

“Ketika itu juga saya ada cakap kepadanya saya ada banyak tanggungan. Tak boleh fokus bercinta dulu. Pengalaman lalu mematangkan saya. Cuma pada tahun lalu saya cakap saya bersedia untuk berkahwin kerana nenek pun sudah uzur selain kehidupan sudah mula stabil”

“Tapi ketika itu orang ingat saya tuju komen itu kepadanya sedangkan ia secara umum”.

Sumber – Rotikaya.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments