Drama Angin Syurga Lakonan Jue Aziz Di TV2

Sebuah lagi drama terbaru menemui penonton bertajuk ‘Angin Syurga’ dengan menampilkan pelakon Jue Aziz sebagai watak utama.

Mula disiarkan pada 27 Januari yang lalu, pada setiaphari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam di RTM, TV2.

Turut dibintangi pelakon  Bil Azali ,Leez Rosli Liza Abdullah,Saidi Sabri , Soeprihati Sikom ,Fazlina Ahmad Daud , Fauziah Nawi , Miera Amnas, Dato Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

Angin Syurga mengisahkan  Noraini yang dipanggil Kak Long, berusia 22 tahun terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah selepas kematian ibunya. Noraini perlu menjaga dua orang adiknya, Iqbal dan Mira yang berusia 15 tahun dan 13 tahun.

Tanpa ada sebarang harga yang ditinggalkan, membuatkan kehidupan mereka sempit.

Ayahnya, Kassim pula sudah 10 tahun menghilangkan diri. Tinggallah Noraini yang menjaga adik-adiknya.

Malang sentiasa menimpa Noraini apabila selalu difitnah ibu saudaranya yang menyimpan dendam terhadap ibunya.

Noraini juga mengihdap fibroid namun ibunya tak membenarkan membuat rawatan kerana menyangka ia disebabkan perbuatan dengki adiknya.

Pelbagai kisah suka duka yang dihadapi Noraini. Bagi anda jangan lupa saksikan drama menarik yang meruntun jiwa ini hanya di TV2. Selamat menonton. sumber – Media Hiburan

drama  angin syurga lakonan jue aziz

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments