Drama Gerimis Salju Naminara Lakonan Nazim Othman & Tasha Shilla

nazim othman

Lagi drama menarik untuk ditonton bertajuk Gerimis Salju Naminara yang disiarkan di TV1, setiap Khamis dan Jumaat pada pukul 10.05 malam.

Drama sebanyak 26 episod ini menampilkan pelakon seperti Tasha Shilla, Nazim Othman, Afiq Muiz, Syatilla Melvi, Arash Mohd, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Gerimis Salju Naminara mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik iaitu Ain, Fauzan dan Faiz, yang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Seoul.

Ain dan Fauzan merupakan pasangan kekasih. Namun Faiz juga telah jatuh hati kepada Ain.

Selepas tamat pengajian timbul beberapa konflik kerana Ain mahu pulang ke Malaysia dan bekerja di sana. Manakala Fauzan mahu menetap terus di Seoul untuk mencari pengalaman bekerja di sana.

Sebaik sahaja Ain pulang ke Malaysia, dia bekerja di firma milik bapa Mira. Tanpa diketahui Ain, kedua-dua keluarga Mira dna Fauzan mahu menyatukan mereka. Fauzan pulang ke Malaysia atas desakan keluarganya dan bertunang dengan Mira.

Mira pula tidak mengetahui Ain dan Fauzan adalah pasangan kekasih sehingga lah mereka ke Seoul. Seterusnya apakah yang aka terjadi? Jangan lupa saksikan drama Gerimis Salju Naminara di TV1. Selamat menonton. Sumber – Budiey.com

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments