Drama Kasih Antara Kita Lakonan Eja & Fouziah Gous

Drama Kasih Antara Kita Lakonan Eja & Fouziah Gous | Jom saksikan sebuah lagi drama menarik lakonan Siti Shahrizah ( Eja ), Kamal Adli, Azhar Sulaiman dan Fouziah Gous bertajuk “Kasih Antara Kita”.

Kasih Antara Kita mengisi slot Tribute To P.Ramlee akan disiarkan pada 1 Mac pada pukul 10.00 pagi di TV1.

drama kasih antara kita lakonan eja

Kasih Antara Kita mengisahkan Hamdani dan Shazira yang telah berkahwin dan hidup bahagia. Mereka dikurniakan sepasang anak yang berusia 8 tahun dan 10 tahun.

Satu hari, Shazira mendapat tahu Hamdani mempunyai hubungan sulit sengan Natasya yang merupakan seorang model. Shazira berasa sangat kecewa. Bagaimanapun, Hamdani berjanji akan memutuskan hubungan dengan Natasya. Shazira member peluang kedua buat Hamdani demi anak mereka.

Namun hubungan Hamdani dan Natasya masih berterusan secara senyap. Hamdani pula banyak berbohong demi mengambil peluang untuk bersama Natasya,

Satu hari, Hamdani terperangkap apabila gambarnya memeluk mesra Natasya keluar di sebuah majalah. Shazira sekali lagi berasa kecewa. Berlaku pertengkaran dan Shazira nekad keluar dari rumah.

Shazira keluar rumah tanpa arah tuju. Hamdani pula berasa tercabar dengan tindakan Shazira. Namun mengakui kesilapandiri setelah melihat anak-anaknya menangis menunggu kepulangan Shazira.

Hamdani akhirnya bersama anak-anaknya keluar mencari Shazira. Dalam masa yang sama, seorang Pengarah Urusan sebuah produk kecantikan dan kesihatan bernama Hisyam juga sering hidup dalam tekanan. Ini kerana isterinya, Qistina sering memantau segala kerjanya. Hal tersebut menyebabkan mereka sering bertengkar dan Hisyam meninggalkan rumah.

drama kasih antara kita

Qistina akhirnya mencari Hisyam. Dia nyaris menjadi mangsa samseng jalanan. Di saat cemas tersebut, Hamdani dan anak-anak melalui tempat tersebut dan menyelamatkan Qistina. Qistina kembali ke rumah, dia terkilan dan kecewa dengan sikapnya yang terlalu cemburu pada Hisyam.

Hisyam dan Shazira kemudian turut sampai di satu tempat awam. Kebosanan menyebabkan Shazira dan Hisyam menghubungi rakan sepejabatnya. Sambil bertelefon mereka melangkah dari arah bertentangan dan akhirnya terlanggar bahu di antara satu sama lain. Mereka kemudian meminta maaf dan saling berpandangan dengan member senyuman.

Pandangan dan senyuman tersebut cukup membahagiakan. Mereka  mula memikirkan tentang  kebahagiaan yang pernah dikecapi dalam perkahwinan masing-masing.

Shazira dan Hisyam kemudian sampai di rumah masing-masing. Justeru apakah yang berlaku seterusnya?

Jangan lupa saksikan drama Kasih Antara Kita pada 1 Mac pada pukul 10.00 pagi di TV1. Selamat menonton!

 sumber – budiey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments