Drama Komedi MENANTU ENCIK IKAN MASIN di TV2

drama menantu encik ikan masin

Drama Komedi MENANTU ENCIK IKAN MASIN di TV2 | Jom tonton drama komedi bertajuk MENANTU ENCIK IKAN MASIN di TV2. Menemui penonton menerusi slot Citra disiarkan setiap hari selasa, jam 10 malam bermula pada 3 Mac ini.

Menantu Encik Ikan Masin diarahkan oleh Mp Roslin dan terbitan syarikat Enuja Production Sdn Bhd.

Dibarisi pelakon seperti Kazar, Liza Abdullah, Mas Muharni, Azhan Rani, Achong Sweetchild, Man Raja Lawak dan Arin Raja Lawak.

Kisahnya bermula apabila Encik Osman seorang duda mahu mencari calon suami  buat anak perempuannya yang bernama Mawar. Mawar  seorang yang cantik dan menjadi rebutan pemuda.

Perkara pertama dibuat Osman adalah memastikan Mawar mendapat jodoh yang sesuai dan boleh menjaganya dengan baik. Namun Osman berdepan dengan pelbagai ujian semasa misi mencari calon tersebut.

Akhirnya Osman berjumpa Haikal, anak orang kaya secara tidak sengaja. Adakah Haikal calon yang sesuai untuk Mawar? Dapatkan Mawar menerima jodoh yang dicari ayahnya?-sumber budiey.com

Jangan lupa saksikan MENANTU ENCIK IKAN MASIN pada 3 Mac ini, setiap selasa jam 10 malam hanya di TV2. Selamat menonton!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments