Drama Nasuha Lakonan Tasha Shilla

Sebuah lagi drama menghiasi slot Ratu di TV9 menemui penonton bertajuk NASUHA.

Diterbitkan oleh Zeel Production dan dibarisi pelakon seperti Tasha Shilla, Fattah Amin, Jasmin Hamid, Shah Iskandar, Azhan Rani, Amyza Adnan, Roy Azman dan ramai lagi.

tasha shilla dalam drama nasuha

Drama sebanyak 14 episod ini mengisahkan tentang cinta seorang gadis buta yang inginkan kebahagiaan dalam hidup. Bersabar menempuh derita dalam mencari cintanya.

Nasuha dan Zahid adalah sabahat baik. Hidup dalam keluarga yang miskin membuatkan Nasuha mengenali erti tabah dalam hidupnya. Suatu kejadian telah berlaku sehingga menyebabkan Nasuha hilang penglihatan.

Kerana keadaan yang serba daif, Nasuha tidak dapat membuat rawatan dan terpaksa menerima hakikat dia menjadi buta. Zahid pula memendam rasa cinta terhadap Nasuha. Dia menerima Nasuha kerana  baginya Nasuha begitu sempurna di matanya.

Namun persahabatan antara mereka tidak lama apabila Zahid terpaksa menyertai kumpulan gangster. Dia terpaksa membiarkan dirinya mati dan hidup sebagai serang penjenayah yang dikenali sebagai Zack.

drama nasuha tv9

Muncul pula Irfan yang telah membuka hatinya tentang cinta. Tunang Irfan, Marina cemburu melihat Irfan yang sering menemani Nasuha ke pasar. Sumber – Budiey.com

Marina kemudian mengupah Zack untuk membunuh Nasuha. Adakah Zack akan membunuh Nasuha wanita yang paling dicintainya?

Dapatkah Nasuha mencari cinta dan bahagianya? Ingin tahu kesudahan, saksikan Nasuha di slot Ratu hanya di TV9. Selamat menonton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments