Drama TABIR ZULAIKHA Lakonan Aiman Hakim & Tasha Shilla

Drama TABIR ZULAIKHA Lakonan Aiman Hakim & Tasha Shilla | Menghiasi slot Samarinda di TV3, sebuah lagi drama bersiri dipersembahkan bertajuk TABIR ZULAIKHA.

Menampilkan pelakon seperti Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Aidil Aziz dan Shah Jaszle. Diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Bermula 28 Januari 2015, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam.

Drama bersiri sebanyak 18 episod ini juga merupakan arahan Kas Rohan dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar.

TABIR ZULAIKHA  mengisahkan tentang Ain Zulaikha, anak tunggal kepada Zamrin dan Musalmah yang berkerja di rumah Datuk Aziz. Datuk Aziz dan isterinya, Datin Wan Rozita tidak pernah memandang rendah akan status mereka.

aiman dalam tabir zulaikha

Zulaika juga diberi peluang melanjutkan pelajaran di kolej seperi anak mereka Feroz dan Adami Akhil. Adami merupakan anak angkat Datin Wan Rozita dan Datuk Aziz.

Zulaikha juga seorang gadis yang bijak dan cantik. Mempunyai bakat bermain biola. Feroz pula sangat cemburu melihat hubungan rapat Zulaikha dengan Adami.  Feroz berniat ingin menyingkirkan Zulaikha kerana sejak kecil lagi, Datuk Aziz lebih menyanyangi Zulaikha darinya.

Zulaikha pula sangat menyanyangi Adami. Namun apabila diberitahu oleh ibu bapanya tentang wasiat Datin Wan Rozita agar Zulaikha berkahwin dengan Datuk Aziz, Zulaikha begitu terkejut.

tabir zulaika

Zamrin dan Musalmah merayu supaya Zulaikha menerima Datuk Aziz sebagai suaminya. Zulaikha akhirnya bersetuju selepas Adami menyatakan tidak pernah mencintai Zulaikha.

Datuk Aziz bagaimana pun menyedari Zulaikha tidak mencintainya. Namun dia tetap menjaga Zulaikha dan mewasiatkan semua harta dan syarikatnya kepada Zulaikha. Perkara itu telah menyebabkan Feroz menjadi marah.

Feroz kemudian telah mengupah Ammar untuk memerangkap Zulaikha. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Bagaimana pula cinta Zulaikha terhadap Adami? Ingin tahu kesudahan, jangan lupa saksikan Tabir Zulaikha  setiap Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3. Selamat menonton! sumber – budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments