Johan dan Ayda Jebat Ungguli Anugerah Meletop Era

Johan dan Ayda Jebat Anugerah Meletop Era
Pelawak dan penyampai radio, Johan dan aktres Ayda Jebat mengungguli Anugerah Meletop Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Johan telah menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki), Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Manakala Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Tidak lupa juga kepada Datuk Siti Nurhaliza yang telah membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Manakala Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi menerusi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Mewangi).

Bagi setiap kategori setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Berikut adalah senarai penuh AME 2015 :-

  1. Top Top MeleTOP Lelaki – Johan
  2. Top Top MeleTOP Wanita – Ayda Jebat
  3. Anugerah Fesyen MeleTOP – Nur Fazura
  4. Artis Baharu MeleTOP – Ayda Jebat
  5. Bintang Online MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza
  6. Anugerah Couple MeleTOP – Scha Al Yahya & Awal Ashaari
  7. Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
  8. Grup/Duo MeleTOP – Akim & The Majestrit
  9. Penyanyi MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza
  10. Lagu MeleTOP – Mewangi (Akim & The Majestrit)
  11. Program TV MeleTOP – Maharaja Lawak 2014
  12. Drama TV MeleTOP – Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  13. Host TV MeleTOP – Datuk AC Mizal
  14. Artis Lawak MeleTOP – Johan
  15. Pelakon TV MeleTOP – Zul Ariffin
  16. Bintang Filem MeleTOP – Nelydia Senrose
  17. Filem MeleTOP – Abang Long Fadil
  18. Penyampai Radio MeleTOP – Johan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments