Kisah Robot Dalam Filem Chappie

chappie

Admin memang suka tonton filem bertemakan sains fiksyen. Terbaru sebuah filem mengenai robot bertajuk Chappie akan menemui penonton di pawagam.

Filem Chappie merupakan arahan pengarah Neill Blomkamp. Ini merupakan filem arahan ketiganya.

Robot ini dicipta dan mempunyai perasaan seperti seorang manusia. Menampilkan pelakon seperti Sharlto Copley, Dev Patel dan Hugh Jackman.

Chappie mengisahkan tentang Chappie, robot yang mempunyai perasaan seperti manusia yang dicipta oleh Deo.

Chappie berkebolehan belajar tentang sesuatu seperti mana kanak-kanak yang belajar tentang apa yang berlaku disekelilingnya.

Namun kehadiran Chappie kurang disenangi setengah manusia. Kebolehan Chappie juga telah membuatkan dia mempelajari sesuatu yang salah akibat terpengaruh dengan aksi kejahatan yang didedahkan kepadanya. Sumber – Media Hiburan

Apakah yang terjadi kepada Chappie? Ingin tahu kesudahan filem ini, jangan lupa saksikan di pawagam pada 5 Mac ini.  Selamat menonton!

chappie movie

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments