Konsert Backstreet Boys Di Kuala Lumpur

Kumpulan penyanyi popular, Backstreet Boys akan mengadakan konsert siri jelajah ‘In A World Like This’ pada 3 Mei 2015 di Kuala Lumpur.

Konsert siri jelajah tersebut akan diadakan di Stadium Negara. Ia dianjurkan oleh The Livescape Group.

Kumpulan Baackstreet Boy dianggotai oleh AJ McLean, Howie Dorough, Kevin Richardson, Brian Littrell dan Nick Carter.

Tentunya ramai peminat teruja untuk bertemu mereka. Kumpulan ini cukup popular pada era 90an. Pernah membuat konsert ni negara ini pada tahun 2001.

Antara lagu popular mereka adalah As Long As You Love Me yang berjaya mencatat jualan sebanyak 55 juta unit di seluruh dunia.

Lagu-lagu lain seperti ‘Everybody (Backstreet’s Back)’, I Never Break Your Heart, Quit Playin’ Games in My Heart, All I Have To Give, I Want It That Way, Incomplete, Larger Than Life, Drowning dan Shape Of My Heart.

Konsert jelajah ini akan diadakan dibeberapa negara Asia termasuk Singapura, Taiwan dan Filipina.

Bagi anda yang ingin ke konsert siri jelajah ini, boleh dapatkan tiket dengan harga RM208 sehingga RM688. Ia akan dijual pada 7 Februari 2015.

Anda boleh membeli di www.ticketpro.com.my . Maklumat lanjut tentang konsert ini boleh layari https://www.facebook.com/livescapeasia.

Sumber : Budiey.com

konsert-backstreet-boys-live-di-kl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments