KRU Music Lancar Album GERENTI BEST & GERENTI KAROK

KRU Music  tampil dengan dua buah album kompilasi berjudul ‘Gerenti Best’ dan ‘Gerenti Karok’.

Album ini telah dilancarkan minggu lepas pada 4 Februari lalu khas untuk peminat mereka di Neway Karaoke, One Utama, Bandar Utama.

Antara rakan artis yang turut memeriahkan pelancaran album tersebut adalah Edry Abdul Halim, Jaclyn Victor, Ameer dan One Kumpulan Forteen, Ziabella dan #tag sebagai pengacara majlis.

Kru Music turut bekerjasama dengan stesen radia Hot FM bagi sesi pelancaran dengan membuat pertandingan selama seminggu yang mana pendengar  yang ingin berkaraoke dengan artis-artis KRU perlu memberikan slogan paling kreatif di laman web Hot FM. 20 orng yang bertuah telah dipilih untuk bersama memeriahkn majlis pelancaran tersebut.

KRU Music Lancar Album Kompilasi GERENTI BEST & GERENTI KAROK

Gimik pelancaran album ini  dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy.

‘Gerenti Best’ merupakan album audio CD memuatkan 16 lagu hits terbaik KRU Music kombinasi artis lama dan baru. Antara adalah “Romancinta” (Mojo), “Al-Haq…Yang Satu” (Mawi & Dato AC Mizal), “Ikut Rentakku” (Jaclyn Victor), “Rintihan Qalbu” (Qalam Band ft. Rafidah Ibrahim), “Hanya Diriku” (Sofazr), “Ingatkan Dia (Wings), “Kekasih Abadi” (Yusry & Lisa) dan “Hitam” (Dualiti feat. Ameerais) ‘Gerenti Karok’ pula merupakan album kompilasi DVD karaoke memuatkan 15 lagu hits terbaik berserta dengan klip video muzik. Antara 15 MTV hits terbaik itu adalah “Adiwira” (ZizanKRU), “Dikau Saja” (Forteen), “Romancinta” (Mojo), “Al-Haq…Yang Satu” (Mawi & Dato AC Mizal), “Ikut Rentakku” (Jaclyn Victor), “Ingatkan Dia” (Wings), dan “Penghibur Jalanan” (Hazury).

Bagi yang ingin mendapatkan album ini, boleh membelinya di cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner.

Harga untuk album Gerenti Best ialah RM21.90 dan  Gerenti Karok pula RM19.90 . Album-album kompilasi ini adalah terbitan KRU Music Sdn. Bhd. Dan diedarkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

Kredit – Budiey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments