Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari
Yana Samsudin akan menamatkan zaman bujangnya pada hari ini 13 Februari 2015 dimana dia akan diijabkabulkan bersama pasangannya Fadzil Zahari.

Majlis pernikahan ini diadakan di kampung halaman beliau di Yong Peng, Johor selepas solat Jumaat.

Terdapat beberapa rakan artis turut hadir memeriahkan suasana termasuk abang ipar beliau, Farid Kamil, Shaheizy Sam dan juga Erra Fazira selaku pengapit pengantin.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan oleh Imam Shamsul Rizalars Abdul Hamid.

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Alhamdulillah, selesai juga akad nikah.

Hanya dengan sekali lafaz, Yana Samsudin kini sah isteri kepada Fadzil Zahari, adik kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil.

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Pada majlis ini, pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh hantaran termasuk mas kahwin RM10k serta wang hantaran RM50k.

Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan Sabtu (esok) di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments