Nukilan Pertama Di Bawah Qarma MusiQ

Kumpulan Nukilan, Artis Pertama Naungan Qarma MusiQ
Nukilan merupakan kumpulan baru dan yang pertama di bawah naungan Qarma MusiQ (syarikat rakaman hakmilik Malique).

Kumpulan ini diberi nama Nukilan yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Kirana, Kelana dan Agenda.

Paling menarik untuk single pertama,

Mereka diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Shae yang popular dengan lagu ‘Sayang’ dimana ianya mencecah rekod melebihi 2 juta muat turun RBT.

Rindu - Single Pertama Kumpulan Nukilan, Artis Naungan Qarma MusiQ  feat Shae

Lagu ini diberi nama ‘Rindu’ sesuai dengan maksud yang tersirat dan tersurat dengan bait-bait lirik yang begitu puitis.

Lagu ‘Rindu’ adalah hasil ciptaan Malique, Dedeq dan Tripdisz manakala lirik oleh Malique dan Dedeq ini menceritakan tentang sebuah kisah cinta yang telah berakhir namun hati masih rindu dan dambakan kepada kekasih yang telah pergi jauh dari sisinya.

Siapa sebenarnya ahli kumpulan Nukilan?

Jika diikutkan, kesemua ahli dalam kumpulan ini mempunyai latar belakang mereka sendiri dalam dunia hiburan.

Mereka digabungkan dibawah satu kumpulan dengan harapan agar mereka dapat menjadi artis contoh, dapat meraih pelbagai kejayaan dan diiktiraf selari dengan bakat yang mereka perjuangkan sekali gus melonjakkan lagi nama Nukilan di dalam dan luar negara.

Zizi Kirana - Kumpulan Nukilan, Artis Naungan Qarma MusiQ

Kirana berasal dari Semporna, Sabah sebelum ini dikenali sebagai Zizi yang juga pernah menganggotai kumpulan hip hop tempatan iaitu The Fabulous Cats.

Selepas beberapa tahun mencapai kejayaan bersama The Fabulous Cats, Kirana membuat keputusan untuk memulakan perjalanan baru dengan menyertai Nukilan.

Beliau bukan sahaja menyanyi tetapi turut melakukan rap di dalam lagu ‘Rindu’ ini.

Agenda Kmy KMO - Kumpulan Nukilan, Artis Naungan Qarma MusiQ

Agenda memulakan karier beliau sebagai penyanyi di Kuantan, Pahang dan beliau merupakan sebahagian daripada duo hip hop yang dipanggil YMY yang kemudiannya dikenali sebagai Kmy KMO.

Pada mulanya Agenda menyertai Nukilan sebagai penyanyi rap namun beliau telah buktikan kebolehannya untuk menyanyi juga.

Afif Kelana - Kumpulan Nukilan, Artis Naungan Qarma MusiQ
Kelana dilahirkan di Pekan, Pahang menyertai kumpulan The Fabulous Cats pada tahun 2011.

Beliau sebelum ini dikenali dengan Afif dan apabila menyertai Nukilan, mereka telah memutuskan untuk bergelar Kelana.

“Rindu” nyanyian Shae dan Nukilan ini merupakan usahasama antara Warner Music (M) Sdn Bhd dan Qarma MusiQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments