Album Romantik Eklektik Jay Walia

Pelancaran Album Romantik Elektik Jay Walia Warner Music Malaysia
Jay Walia dibesarkan dengan lagu-lagu Nasyid dan Hindi sebagai santapan minda kini mampu membuka pintu kreativitinya kepada pelbagai jenis bunyi dan melodi.

Hasil karya yang ingin ditampilkan kepada semua telah pun disatukan di dalam album sulung beliau di dalam bahasa Melayu yang bertajuk ‘Romantik Eklektik’ yang telah dilancarkan baru-baru ini.

‘Bidadari’ merupakan single pertama yang dipetik dari album “Romantik Eklektik” adalah sebuah kolaborasi bersama artis tanah air terkemuka iaitu Altimet telah diterima baik selepas menerima putaran yang memberangsangkan di stesen-stesen radio tempatan.

Lagu ‘Cinta Luar Biasa’ pula telah menampilkan Iqa yang merupakan pemenang tempat ketiga di dalam rancangan realiti TV iaitu Mentor musim ke-5, yang juga kini merupakan penyanyi utama dalam kugiran pop-rock, VelvetBand.

Menempatkan 8 buah gubahan yang dinukil dan dipena sendiri, “Romantik Eklektik” mengisahkan tentang seorang jejaka di alam percintaan yang meluahkan isi hati dan fikirannya dan menterjemahkannya kepada muzik lalu manghasilkan kerja yang unik; eklektik.

Pelancaran album terbaru ini menandakan titik permulaan pengembaraannya dalam persada seni tanah air.

Berbekalkan bakat dan impian sebesar imaginasi beliau, disertakan dengan semangat yang membara, tiada rintangan yang mampu menghalang Jay Walia daripada mengejar impiannya.

Jemputan telah dipanjangkan kini persoalannya adalah, sudikah anda mengambil perjalanan ini bersama Jay Walia?

“Romantik Eklektik” oleh Jay Walia merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments