Penjenamaan Semula Sinar FM

Sinar FM Kini Berwajah Baru!
Bermula 12 Januari 2015 lalu, Sinar FM mencapai sebuah halatuju baharu dari sudut pembaharuan penjenamaan logo, fokus tumpuan demografik pendengar, serta penekanan terbaharu yang lebih tertumpu kepada isi kandungan yang lebih ke arah gaya kehidupan Melayu moden pada masa kini.

Stesen Sinar FM yang telah pun bersiaran pada tahun 2004, secara tidak langsung menjadikan stimulasi deria pendengaran sebagai satu platform merapatkan jurang genre muzik lama dan terkini dengan mempelbagaikan variasi dan seleksi lagu- lagu terpilih mengikuti perkembangan semasa.

Pendekatan relevan yang kreatif serta memenuhi cita rasa semasa dengan menerajui genre muzik baru dan lama serta gabungan tenaga personaliti popular negara menjadikan Sinar FM sebagai stesen radio pilihan utama.

Pencapaian Sinar FM yang telah berkembang selama 10 tahun telah memberikan impak terhadap pendengar. Dengan adanya kempen Komen Sinar sebelum ini, pedengar secara keseluruhannya bersetuju dengan pembaharuan yang bakal dilaksanakan.

Sinar FM, terkini lebih tertumpu terhadap golongan pendengar Melayu moden yang berstatus bujang mahupun sudah berkahwin.

Selain itu, seiring peredaran zaman Melayu moden Sinar FM terkini akan menyelitkan kandungan program yang berunsur kerohanian bagi memenuhi keperluan informasi secara umumnya buat pedengar di bandar dan luar bandar.

Lebih mementingkan keperluan dan kehendak pendengar, sebagai pembaharuan Sinar FM akan mementingkan aspek kehidupan sosial kaum Melayu, semangat serta kejayaan yang dikecapi masyarakat Melayu moden, dan sentiasa memupuk budaya befikir secara matang dan sentiasa konfiden dan positif dalam melakukan apa jua perkara seharian.

Tumpuan golongan pendengar pula kini tertumpu terhadap pendengar berumur 25 – 39 tahun.

Tagline Baru Sinar FM

Jika sebelum ini Sinar FM menerapkan Muzik Retro Terbaik sebagai tagline, kini Sinar FM menjadikan stesennya yang sentiasa menyinari kehidupan para pedengar terutamanya pendengar Melayu moden dengan tagline terbaharu “MENYINARI HIDUPMU”.

Dari segi pemilihan muzik, Sinar FM juga menyelitkan lagu-lagu berunsurkan kerohanian dan mempunyai nilai-nlai positif kemasyarakatan.

Jika sebelum ini, muzik yang dimainkan bermula pada era 70 an, tetapi untuk pembaharuan pada tahun ini pihak Sinar FM mula memainkan rentak muzik era 90’an sebagai pilihan dan kegemaran pedengar.

Namun, pedengar masih dapat berhibur bersama era muzik bermula 80’an, 90’an, 20’an sehingga terkini bagi mengikut peredaran muzik semasa. Ini antara pembaharuan yang kami berikan kepada pendengar dan membezakan stesen Sinar FM dengan stesen yang lain.

Klik Sini untuk Versi English.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments