RTM Siar Dokumentari ‘Sudirman Arshad’

Allahyarham Datuk Sudirman Arshad
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan kembali dokumentari bertajuk ‘Sudirman Arshad’ pada 23 Februari ini sebagai mengenang pemergian penghibur Datuk Sudirman Arshad, 23 tahun lalu.

Pihak RTM menerusi satu kenyataan berkata, dokumentari berbentuk biografi itu akan disiarkan pada pukul 2 petang di saluran TV2.

Ia antara lain menyelitkan beberapa klip gambar serta video menceritakan pengalaman pahit getir perjalanan Allahyarham Sudirman dalam bidang seni.

Dokumentari sejam itu diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama AETN All Asia Networks pada 2011.

Sudirman pernah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia meninggal dunia pada 22 Februari 1992.

Sumber : MStar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments